Monday, February 4, 2013

Dengan Lafaz Bismillah


Assalamu'alaikum wbt,

Alhamdulillah, dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang kami mulakan blog syarikat kami suami-isteri (En Fakhrullah & Pn Suhaila). Semoga Allah meredhai & memberikan kelancaran serta kekuatan dalam menceburi profesi yang dicontohi oleh Baginda Nabi Muhammad SAW, iaitu BISNES.

InsyaAllah, First Sight Collection Centre yang bermakna Pusat Koleksi Pandangan Pertama kami ilhamkan bersama setelah pelbagai jenis bisnes & produk yang telah kami pasarkan perlu kami satukan semua di bawah FS Collection Centre..FS juga bukan sekadar First Sight, namun juga mengandungi hikmah yang lain, kepada yang mengenali kami pasti tahu hikmah disebalik FS..^.^..

Produk-produk yang kami tawarkan insyaAllah dititikberatkan soal kualiti bahkan kami mengutamakan Hak Pelanggan jika ada sebarang komen untuk kami selesaikan..InsyaAllah..Harga-harga yang kami tawarkan juga sentiasa antara yang terendah agar lebih ramai yang mampu membeli dan memanfaatkan produk-produk tersebut.

Sekian dahulu dari kami, sentiasa nantikan pelbagai variasi produk-produk yang sangat menarik dengan pelbagai tawaran yang juga menarik..hehe..

Syukran.